Welcome...

Your Update :
Assalamualaikum...jemput masuk!sila tinggalkn jejak anda di Cbox atau di ruang komen, saya pasti akan balas kunjungan anda...terima kasih..

PEyeBAb MIgRAin

Assalamualaikum..


hari 2 saya ada kongsikan mengeni jenis-jenis migrain.. kali ini pula saya nak kongsikan mengenai penyebab berlakunya migrain...ok tapi sebelum itu tentu ada yang tertanya-tanya apakah migrian yang sebenarnya..


migrain merupakan sakit kepala berdenyut-denyut dan ianya sering berlaku pada salah satu bahagian (unilateral) dan berkaitan dengan loya, muntah sensitif pada cahaya, bunyi, bau, tidur terganggu dan kemurungan...

sebenarnya penyebab migrain tidak diketahui puncanya yang sebenar. namun begitu, keadaan ini boleh diakibatkan oleh beberapa siri reaksi pada sistem saraf pusat yang disebabkan oleh perubahan dalam tubuh atau persekitaran ada juga disebabkan oleh sejarah keluarga yang mempunyai migrain ada yang mengatakan puncanya boleh diwarisi..
namun begitu pencetusnya adalah sebarang rangsangan atau stimulus yang memulakan satu proses. namun pada kebiasaannya pencetusnya adalah seperti berikut:
  • alkohol
  • faktor persekitaran seperti cuaca, altitud serta perubahan zon waktu.
  • melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh
  • makanan yang mengandungi kafein seperti kopi dan coklat, monosodium glutamate (MSG yang digunakan untuk menaikkan rasa dalam makanan proses)  dan pemanis tiruan
  • silau
  • perubahan hormon terhadap wanita
  • kelaparan
  • kurang tidur
  • ubat-ubatan
  • minyak wangi
  • stres





*sumber daripada majalah wanita 2010*

2 comments:

 
COPYRIGHT OF AHLAM ITU MIMPI. DESIGN WITH LOVE BY PINKILICIOUS