Welcome...

Your Update :
Assalamualaikum...jemput masuk!sila tinggalkn jejak anda di Cbox atau di ruang komen, saya pasti akan balas kunjungan anda...terima kasih..

Ya Allah payahnya untuk aku terus melangkah...

Assalamualaikum...


3.44 pagi mataku masih terbuka luas...air jernih masih menitis jatuh ke pipiku... entah mengapa mudah sungguh malam ini air jernih itu menitis menghiasi pipiku..banyak kali aku menepis tapi ia enggan berhenti, tetap juga ia mengalir.. banyak pekara yang berlaku dalam diri ini yang semenjak dua menjak ini. dugaan demi dugaan yang mendatang tanpa aku duga. 

kesihatanku merundum sudah hampir dua minggu lebih aku deman, selesama dan juga batuk. tidak pernah begini.. kadangkala semua pekara yang berlaku buat aku jatuh terduduk, begitu kesal dengan apa yang berlaku. tapi aku tahu semua itu tentu ada hikmahnya. teringat kata-kata ibuku jangan sesekali mengeluh kerana ia tidak baik, jangan mudah putus asa, Tuhan ada perangcanganNya. 

kadangkala aku rasa aku tidak kuat untuk semua itu, sering tertanya-tanya bolehkah aku laluinya? bolehkah aku melangkah merentasinya. jalan itu penuh liku, duri. jika aku tersalah langkah aku mungkin akan luka, berdarah. bolehkah aku? namun sebelum ini satu persatu sudah aku tempuhi namun yang hadir kini, makin berat aku rasakan. sampai satu masa aku mengeluh tanpa sedar, menagis tanpa sedar... tapi yang pasti semua itu ada hikmahnya, aku harapkan aku kuat untuk semua itu dan terus tersenyum walauapapun yang berlaku. insyaAllah. dan yang pasti juga Allah tidak akan menguji hambaNya jika seseorang itu tidak kuat untuk menghadapinya... aku patut bersyukur kerana DIA menguji diri ini sebagai tanda, DIA sayang padaku dan moga aku sentiasa ingat padaNya Yang Satu. ^_^


^-^




~Ahlam...4.44,25/3/2012~

6 comments:

  1. Nape ni ahlam? Ada sakit apa2 ke? Huhu.. Jgn le nangis. Sedih akak.

    ReplyDelete
  2. huhuhu....xde sakit pape akak, cuma deman, batuk n selesema dtg serentak dh 2 minggu lbih dh...biasa la kak dlm hdup ni sesekali dugaan dtg buat kita makin dekat pdNya...dun worry ^_^V cuma doakan Ahlam kuat ya kak tok hadapi semua ni...

    ReplyDelete
  3. b strong ye ahlam..semoga cepat sembuh..jga diri baik2

    ReplyDelete
  4. orked: thanks dear...insyaAllah ahlam akn kuat... ^-^v

    ReplyDelete
  5. Jumpa anda di blog Ben Ashaari..
    Nice Blog  Jemput singgah ke blog saye.
    Budak baru mahu belajar, komen la ea, TQ
    fahmieaustin.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. " Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"

    semoga cpt sembuh :)

    ReplyDelete

 
COPYRIGHT OF AHLAM ITU MIMPI. DESIGN WITH LOVE BY PINKILICIOUS